Monday, November 7, 2016

BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Terletak hanya dalam 35-40 km dari bandar Kuantan.Bukit Gambang Resort City ini boleh dikatakan satu tempat menarik di Kuantan Pahang yang paling popular sejak 4-5 tahun kebelakangan ini dikalangan pelancong dalam malaysia.

Bukan sahaja merupakan tempat pelancongan dan destinasi yang sesuai untuk datang bersama anak-anak,malah menjadi pilihan kebanyakan organisasi untuk mengadakan team building bersama teman sepejabat.

Fasiliti dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini juga banyak dan menarik.Bukit Gambang Resort City ini agak besar dan mempunyai 2 teman yang utama iaitu.

1.Water Thema Park-Taman tema untuk aktiviti air.
    -Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu         :Coco Beach.Wave Pool dan lagoon.
    -Aktiviti permainan menarik:Aqua            Play dan Gian Piranha,Tree Top Hill,      Lane Racer,Canopy slide,Family Raft      Ride.

2.Safari Park-Taman safari untuk melihat binatang.Keluasan 138 ekar dan antara tarikan di sini ialah.
   -Boleh melihat singa putih(white lion).
    Hanya di sini ada White Lion di               Malaysia.
   -Menaiki kenderaan(Tran) melihat           binatang liar di habitat asalnya di           hutan.
   -Mempunyai 2 kawasan safari untuk.       siang dan satu lagi untuk malam.

Banyak juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti menaiki ATV dan juga beberapa aktiviti outdoor yang sesuai untuk aktiviti team building.Bukit Gambang Resort City memamg satu tempat percutian yang menarik di Kuantan Pahang dan disarankan untuk tempah penginapan anda di sini seawal mungkin sebelum cuti sekolah,kalau tak memang melepas.

No comments:

Post a Comment